RINGKASAN KULIAH TAMA (2/05/2017)

MENTERJEMAH FUNGSI AYAT
Terjemahan ialah menyalin semula makna dan bukannya menyalin bentuk. Bentuk ayat dikekalkan tetapi jika ianya menganggu makna, penterjemah perlu mengabaikan bentuk ayat tersebut. Penterjemah perlu menyedari setiap ayat yang sama mungkin membawa makna yang berbeza. Oleh itu penterjemah perlu tahu akan setiap fungsi pada ayat yang ingin diterjemah.
Fungsi ayat adalah untuk:
1.      Ayat Tanya
– fungsinya untuk menyuruh dan jawapannya bukannya boleh atau tidak.
– untuk mencabar orang yang bertanya. Contoh ayat “Awak ingat saya ini siapa?".

3 jenis makna ayat:
1)     Ayat maklumat- paling mudah diterjemah dan diterbitkan tidak kira dalam bahasa lisan mahupun bahasa tulisan.
 Fungsinya adalah untuk menghantar maklumat.

Contoh: Esok kelas batal.
Ini memaknakan kelas telah ditiadakan. Ini menunjukkan keluasan makna kerana batal juga terdapat dalam

2)     Ayat Arahan
Jenis kedua yang paling banyak digunakan dan diterbitkan. Cara untuk menyampaikan suruhan. Ayat suruhan bukannya ayat tanya. Oleh itu cara menterjemahkannya menggunakan ayat “Tolong” dan bukannya “Bolehkah”. Ini adalah suruhan halus.

Jenisnya: Ayat Perintah (lebih tegas), Ayat Suruhan dan Ayat Larangan termasuk tegahan.

3)     Ayat Panduan dll
Fungsinya adalah untuk memandu untuk membuat sesuatu.



Wallahu’alam
by : Fatin Nabilah binti Pa Adek (A158073)

Comments

Popular Posts