LARAS BAHASA

      Manusia menggunakan bahasa sebagai alat perhubungan dan komunikasi.  Dalam penggunaan bahasa terdapat pelbagai ragam atau variasi yang diistilahkan sebagai laras bahasa akibat daripada penggunaan bahasa yang pelbagai.  Menurut pandangan Nik Safiah Karim (1989 :2) beliau menakrifkan laras bahasa sebagai gaya atau cara penggunaan sesuatu bahasa.  Sesuatu bahasa bermaksud variasi bahasa yang telah dipilih daripada sekumpulan variasi yang ada pada tiap-tiap penutur.
Ciri-ciri laras bahasa ditentukan oleh dua faktor utama iaitu ciri-ciri keperihalan sesuatu peristiwa bahasa dan ciri-ciri linguisti.  Dalam ciri-ciri keperihalan terbahagi kepada dua jenis iaitu situasi luaran dan situasi persekitaran.  Situasi luaran bermaksud latar belakang sosial dan kebudayaan sesuatu masyarakat bahasa.  Manakala situasi persekitaran pula ialah aspek-aspek yang terlibat dalam penggunaan bahasa yang dipengaruhi oleh empat faktor yang ketara iaitu :
Cara penyampaian (lisan, bertulis, bahasa isyarat dll)
•Hubungan sosial dan peribadi antara pengguna bahasa
•Bahan yang diperkatakan
•Fungsi-fungsi sosial perlakuan bahasa (rasmi/tak rasmi)
Ciri-ciri linguistik pula bermaksud unsur-unsur sistem bahasa itu iaitu:
•Aspek bunyi – nada suara (drama, ucapan dll)
•Aspek perkataan – perkataan khusus berdasarkan bidang, unsur kolokasi (dua perkataan yang berkaitan), perkataan pinjaman.
•Aspek ayat, dari segi binaan, susunan, dan panjang pendek.
Laras bahasa juga dapat dibahagikan kepada beberapa jenis antaranya:
1) laras bahasa biasa
    -formal
    -tidak formal
2) laras bahasa perniagaan@iklan
3) laras bahasa sains
4) laras bahasa media massa 
5) laras bahasa rencana 
6) laras bahasa undang-undang 
7) laras bahasa agama
8) laras bahasa sukan
9) laras bahasa sastera
10) laras bahasa ekonomi
11) laras bahasa akademik
Kesimpulannya, laras bahasa merupakan sesuatu yang penting dan perlu diberikan perhatian dalam proses terjemahan.  Hal ini kerana akan membantu menghasilkan penulisan dan penterjemahan yang boleh difahami oleh khalayak pembaca.

SEKIAN...
POST BY : NORANIZAH ABD KADIR (A158065)

Comments

Popular Posts