PROSES TERJEMAHAN

PROSES MENTERJEMAH

1) Teks Sumber
Dalam proses menterjemah, perkara pertama yang perlu di titikberatkan oleh seorang penterjemah ialah perlu mengetahui bahasa sumber secara mendalam serta mengetahui selok-belok keganjilan dan keistimewaan bahasa sumber.  Penterjemah mestilah dapat membezakan makna dan mentafsirkan maksudnya dengan tepat.

2) Proses Analisis
Selepas penterjemah mengetahui selok-belok bahasa sumber, proses kedua pula berlaku iaitu proses menganalisis.  Dalam proses menganalisis ini memerlukan kepada penterjemah untuk membaca serta faham kandungan dalam teks kerana proses ini berlaku dalam fikiran penterjemah.  Proses ini melibatkan pencarian makna yang memerlukan kepada rujukan kamus.  Penterjemah mestilah menganalisis makna setiap perkataan, ayat dan seluruh wacana. Dalam bahasa sumber ini terdapat pelbagai ciri istimewaannya yang tersendiri seperti idiom atau peribahasa yang menyebabkan penterjemah perlu menitikberatkan hal tersebut dalam melakukan proses menterjemah.

3) Proses Pemindahan
Proses pemindahan merupakan proses paling penting dalam proses menterjemah.  Hal ini kerana, seorang penterjemah itu perlu mencari padanan terjemah yang paling sesuai dan sepadan untuk dipindahkan kepada bentuk bahasa sasaran.  Ada kalanya dalam proses menterjemah ini berlaku sedikit pemincangan terhadap makna dan konotasi.

4) Menstruktur Semula
Selepas proses pemindahan selesai, penterjemah hendaklah menstruktur semula teks yang diterjemah mengikut struktur bahasa sasaran.  Dalam proses penstrukturan ini, gaya bahasa memainkan peranan penting kerana gaya bahasa yang digunakan mestilah memudahkan pembaca memahami teks terjemahan itu dengan mudah.  Struktur ayat yang digunakan juga mestilah mudah, ringkas dan jelas serta penggunaan tanda baca yang betul dan baik.

5) Proses Memeriksa
Proses memeriksa ini merupakan tugas yang paling sukar kepada penterjemah kerana proses memeriksa ini perlu diperhatikan dari segi ketepatan terjemah.  Dalam proses ini, ia bergantung kepada penterjemah sama ada mahu memeriksa sendiri atau bersemuka sendiri di hadapan pakar dalam bidang menterjemah.

6) Proses Menyemak
Dalam proses penyemakan ini, tugas pemeriksa dan penyemak kerap kali berlaku pertindihan kerana teks terjemahan dianggap sebagai sebuah teks yang ada maksudnya yang tersendiri.  Oleh itu, tujuan penyemakan ini dilakukan adalah untuk menyesuaikan terjemahan dengan kehendak pembaca.

7) Menyunting
Penyuntingan adalah bukan sebahagian daripada proses terjemahan.  Walaupun ia bukan sebahagian daripada proses terjemahan, namun ia merupakan satu dianggap penting.  Hal ini kerana teks perlu disunting untuk membuang bahan-bahan yang tidak perlu.  Selain itu, penyuntingan ini penting bagi mewujudkan gaya yang seragam sekiranya teks yang diterjemahkan itu diterjemah oleh orang ramai.

Kesimpulanya, kesemua proses menterjemah ini perlu difahami dengan baik agar tugas-tugas penterjemahan dapat dilakukan dengan sempurna dan berkesan.  Proses memeriksa, menyemak dan menyunting ibarat penjamin kualiti untuk kebaikan dan kegunaan pembaca sasaran.


SEMOGA BERMANFAAT....

Comments

Popular Posts