JENIS DAN KAEDAH TERJEMAHAN

JENIS DAN KAEDAH TERJEMAHAN

Secara umumnya, terjemahan terbahagi kepada dua jenis iaitu terjemahan tulisan dan terjemahan lisan.  Terjemahan tulisan adalah satu kaedah terjemahan yang dilakukan secara bertulis.  Dengan menterjemah melalui kaedah tulisan, penterjemah masih berkesempatan mebaiki kesilapan terjemahan yang telah dilakukan.  Kaedah ini tidak menjadi syarat secara mutlak terhadap kefasihan dalam berbahasa serta penguasaan bahasa sumber dan bahasa sasaran yang pasif juga tidak menjadi hambatan untuk menjadi seorang penterjemah yang baik.  Manakala terjemahan secara lisan pula ialah satu terjemahan yang dilakukan secara lisan.  Kaedah terjemahan ini mestilah dilakukan secara lansung, cepat dan tepat.  Penterjemah tidak boleh berhenti walaupun sekejap untuk membaiki unsur-unsur bahasa, ujaran yang salah atau yang tidak tepat padanan terjemahannya.  Menterjemah melalui kaedah lisan ini memerlukan kepada pengetahuan yang luas dan mampu mentafsirkan apa sahaja yang diujarkan yang dikenali sebagai interpreter.  Interpreter ini perlu menjalani latihan yang panjang dan perlu mencari pengalaman yang berterusan.  Selain menjadi penterjemah yang baik, seseorang itu juga perlu menjadi seorang penterjemah yang mahir.


PANDANGAN SARJANA


Menurut pandangan sarjana pula ada pembahagian jenis terjemahan mereka yang tersendiri.  Antara beberapa contoh pandangan mereka mengenai jenis dan kaedah terjemahan iaitu Robert Lado dan Roman Jacobson.  Menurut Robert Lado, jenis terjemahan terbahagi kepada dua iaitu faktual dan sastera.  Manakala menurut Roman Jacobson pula jenis terjemahan terbahagi kepada tiga iaitu intralingual, intrelingual dan intersemiotik.



TERJEMAHAN FAKTUAL(ROBERT LADO) 


Ciri-ciri

- Terjemahan yang memindahkan maklumat berbentuk fakta
- Hendaklah sederhana, ringkas, wajar dan tidak mengelirukan
- Terjemahan yang mengelirukan bukan sahaja menyesatkan pembaca malah boleh membawa kemudaratan kepada pembaca.
Contoh : Terjemahan buku, surat khabar, surat rasmi, ubat-ubatan dan sebagainya

TERJEMAHAN SASTERA


Ciri-ciri

- Dilakukan untuk kepentingan kesenian dan kesusasteraan
- Amat setia dengan teks asal, bentuk pengungkapan dan kesan yang ditimbulkan oleh teks tersebut.
- Mampu merasai nuansa dan getar rasa yang terkandung dalam teks asal
- Lebih mementingkan keindahan bahasa dan ketajaman pemaknaan bahasa sumber.
- Kesilapan terjemahan tidaklah akan terlalu mengelirukan pembaca atau memudaratkan pembaca.
Contoh : Terjemahan prosa, puisi, drama, opera, cerita-cerita bergambar, filem dan sebagainya.

TERJEMAHAN INTRALINGUAL (ROMAN JACOBSON)


- Terjemahan di dalam dan berkenaan dengan satu bahasa tertentu sahaja iaitu penterjemahan variasi-variasi bahasa yang terdapat dalam bahasa itu.

Contoh :
  - Dialek ke dialek yang lain
  - Dialek ke bahasa baku atau sebaliknya
  - Bahasa kasar ke bahasa halus dan sebaliknya

TERJEMAHAN INTERLINGUAL


- Terjemahan daripada satu bahasa ke bahasa lain yang sama sekali berbeza dari segi sifat, karakter dan strukturnya.

Contoh :
  - Terjemahan daripada bahasa Melayu ke bahasa Arab

TERJEMAHAN INTERSEMIOTIK


- Terjemahan daripada suatu bentuk sistem simbol atau sistem tanda atau ke dalam suatu bahasa atau ke dalam bentuk lainnya.

Contoh :
  - Pergerakan tangan polis trafik diterjemahkan ke bentuk kata-kata.
  - Terjemahan kod-kod tertentu ke dalam bentuk bahasa.
  - Bahasa lisan atau tulisan dipindahkan ke bentuk kod-kod tertentu.
  - Bahasa isyarat di pindahkan ke bentuk bahasa lisan atau tulisan.

Kesimpulannya, dalam kaedah terjemahan terdapat perbezaan dari segi nama dan sifatnya.  Namun, ia bergantung kepada sarjana yang memperkenalkan kaedah tersebut.  Akan tetapi, dalam realiti terjemahan yang sebenar, penterjemah tidak dapat mengikut satu kaedah sahaja, bahkan kaedah itu sering bertukar.  Ia bergantung kepada jenis teks bahasa sumber dan tujuan penterjemah itu sendiri.



SEKIAN...TERIMA KASIH😊

Comments

Popular Posts