KELAYAKAN PENTERJEMAH


KELAYAKAN PENTERJEMAH

     Sebelum menjadi seorang penterjemah, seseorang itu haruslah mengetahui kelayakan yang perlu kepada seseorang penterjemah itu.  Ada yang beranggapan bahawa jika seseorang itu mengetahui dua bahasa, seseorang itu sudah boleh menjadi penterjemah yang baik.  Tanggapan ini disangkal sama sekali kerana untuk menjadi seorang penterjemah itu mestilah melengkapi syarat-syarat untuk menterjemah.


SYARAT UTAMA

1. Mengetahui bahasa sumber

2. Ingatan yang baik

3. Minat yang mendalam

4. Boleh bekerja sendiri

5. Tidak malu bertanya

6. Jujur dan amanah


FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PENTERJEMAH

1. Perasaan, prasangka, nilai, selera dan sikap tertentu

2. Terbelenggu oleh pandangan yang subjektif terhadap pengarang dan     teks yang sedang diterjemah.


MASALAH PERIBADI

- Tidak objektif terhadap maklumat dalam teks asal

- Tidak memahami ciri-ciri alamiah bahasa.

- Anggapan yang salah berkenaan tugas-tugas penterjemah dan               maklumat terjemahan 

- Terlalu yakin kepada bahasa sendiri.  Keinginan untuk megekalkan         misteri sesuatu bahasa.

- Tidak memahami proses komunikasi bahasa



KESIMPULAN
            Kesimpulannya, tugas untuk menterjemah bukanlah satu tugas yang mudah kerana seorang penterjemah itu mestilah melengkapi diri dengan pelbagai syarat dan kebolehan sebelum berupaya menterjemah sesebuah teks dengan baik.  Semua syarat ini tidak mungkin dapat dipenuhi dengan mudah.  Walaupun begitu, semua ini boleh dicapai seandainya penterjemah itu rajin berusaha, rajin belajar dan berlatih.


SEKIAN...
POST BY : NORANIZAH ABD KADIR (A158065)



Comments

Popular Posts